Laman Utama | Perutusan dan Latarbelakang | Visi dan Misi | Pentadbiran | Piagam Pelanggan | Perkhidmatan | Hubungi Kami | Aktiviti |




Perkhidmatan Warga Tua dan Keluarga >>

Perkhidmatan Warga Tua dan Keluarga

" Berbagai kemudahan dan program pencegahan termasuk bimbingan dan kaunseling keluarga di adakan untuk membantu serta mengukuhkan integrasi keluarga sebagai satu unit sosial yang penting dalam komuniti."

(Dasar Kebajikan Masyarakat Negara)

"...warga tua yang merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat dan negara, diakui mempunyai banyak pengalaman dan kemahiran. Mereka telah banyak memberi sumbangan selama ini dan masih mempunyai potensi menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara. Oleh yang demikian adalah wajar mereka mendapat perhatian, penghormatan dan kasih sayang bagi mempastikan menikmati kesejahteraan hidup sepanjang hayat."

(Dasar Warga Tua Kebangsaan)

Objektif

  • Meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan keluarga serta ahli-ahlinya yang berkeperluan dan bermasalah
  • Memberi perlindungan dan jagaan kepada wargatua yang bermasalah dan bekerperluan

Fungsi

Keluarga

Warga Tua

"Kebajikan orang tua digalakkan mendapat khidmat sokongan dari keluarga dan komuniti untuk mereka hidup dengan sempurna dan sejahtera. Kemudahan institusi di adakan sebagai langkah terakhir untuk jagaan dan pemulihan."

(Dasar Kebajikan Masyarakat Negara)

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Objektif

Memberi perlindungan kepada mangsa keganasan rumahtangga, membantu mangsa mendapatkan perlindungan bagi dirinya mengambil tindakan undang-undang - jika berlaku keganasan rumahtangga (oleh pihak Polis sebagai Pegawai Penguatkuasa)

Pengertian Keganasan Rumahtangga

"keganasan rumah tangga" ertinya pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut:

  • secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
  • menyebabkan kecederaan fizikal ke, pada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
  • memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau pun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
  • mengurung atau.menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
  • melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu.
  • Oleh seseorang terhadap -
    isteri atau suaminya;
    bekas isteri atau suarninya;
    kanak-kanak;
    orang dewasa tak berkeupayaan; atau
    mana-mana anggota lain keluarga,

Mahkamah boleh, dalam prosiding yang melibatkan sesuatu aduan keganasan rumah tangga, mengeluarkan mana-mana satu atau lebih perintah perlindungan yang berikut:

  • perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap pengadu itu;
  • perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnea perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak itu;perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap orang dewasa tak berkeupayaan itu.

Proses Tindakan

Pengaduan dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah yang berhampiran. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bertanggungjawab membawa mangsa ke Hospital untuk rawatan dan kemudian ke Balai Polis berhampiran. Jjika kecederaan adalah parah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan membantu memohon Perintah Perlindungan Sementara dari Mahkamah Majistret jika didapati mangsa terus terancam. Jika mangsa memilih untuk berpindah rumah atau keluar dari rumah suaminya, perlindungan sementara boleh dipohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat

Aduan

Aduan keganasan boleh dibuat:

  • di tempat di mana mangsa / pengadu tinggal
  • di tempat di mana keganasan rumahtangga berlaku
  • di tempat di mana mangsa mendapat perlindungan sementara

Aduan juga boleh dibuat oleh:

  • Penjaga atau saudara mara kepada mangsa keganasan rumahtangga
  • Pegawai Penguatkuasa Polis atau Pegawai Kebajikan Masyarakat sebagai
  • Pegawai Penguatkuasa bagi pihak seorang kanak-kanak

Kembali ke atas

Bantuan Am Bulanan

Bantuan kewangan bulanan kepada individu/keluarga yang berpendapatan RM425.00 dan ke bawah sebulan yang meliputi golongan seperti berikut:

  • Orang uzur / pesakit
  • Ibu tunggal
  • Orang kurang upaya
  • Tanggungan banduan/penagih dadah

Kadar Bantuan
Minima RM60.00 dan tidak melebihi RM250.00 sebulan bagi sebuah keluarga.

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah yang terdekat.

Kembali ke atas

Bantuan Orang Tua

Bantuan kewangan bulanan untuk membantu orang tua berumur 60 tahun dan ke atas yang tiada saudara atau mempunyai sanak-saudara yang tidak berkemampuan dan tiada mata pencarian tertentu untuk menyara kehidupannya.

Kadar Bantuan
RM100.00 sebulan

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah yang terdekat.

Kembali ke atas

Rumah Seri Kenangan Kuching
Batu 12 Jalan Kuching/Serian,
93520 Kuching
No Telefon: 082-611122 / 610377
No Faksimili: 082-619817

Rumah Seri Kenangan Sibu
Batu 13 Jalan Ulu Oya,
Sibu
No. Telefon: 084-801535
No. Faksimili: 084-803943

Pengenalan
Rumah Seri Kenangan merupakan sebuah Institusi Kerajaan bagi menempatkan orang tua yang kurang bernasib baik, tidak mempunyai keluarga dan tempat tinggal.

Matlamat
Menjamin penjagaan dan ketenteraman bagi memenuhi keperluan orang tua yang daif.

Syarat-Syarat Kemasukan

  • daif dan berumur 55 tahun atau ke atas
  • tidak mengidap penyakit yang brejangkit
  • tidak mempunyai sanak saudara sihat dari segi mental dan berupaya menjaga diri sendiri.

Permohonan boleh dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian/Daerah yang berhampiran.

Setiap permohonan masuk disiasat terlebih dahulu oleh Pegawai Kebajikan Bahagian yang berkenaan sebelum diluluskan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.

Syarat-Syarat Keluar
Penghuni boleh dikeluarkan sekiranya :

  • Ada orang bersedia memberi jagaan dan perlindungan yang sempurna.
  • Penghuni mempunyai sesuatu mata pencarian untuk menyara kehidupannya.

Perkhidmatan yang disediakan

  • Jagaan dan Perlindungan
  • Disediakan keperluan asas secukupnya seperti tempat tinggal, makanan dan pakaian dengan percuma.
  • Kaunseling dan Bimbingan
  • Mengadakan perbincangan secara individu/ kelompok/ perbincangan kes untuk membantu penghuni mengatasi masalah emosi dan psikologi.

Carapulih Kerja
Penghuni digalak mengambil bidang pengusahaan seperti membuat barang dari buluh/rotan, menternak ayam, ikan, itik dan sebagainya dengan tujuan dapat memupuk perasaan bahawa mereka masih lagi produktif dan boleh memberi sumbangan kepada masyarakat.

Kemudahan Beribadat
Memenuhi keperluan rohaniah untuk ketenteraman fikiran serta jiwa penghuni menurut agama dan kepercayaan masing-masing.

Riadah
Seperti permainan 'lotto', 'chinese chess', menonton T.V., bacaan suratkhabar, lawatan dan sebagainya diadakan bagi memenuhi masa lapang , menjaga dan memperbaiki kesihatan disamping menmgeratkan persaudaraan di antara penghuni.

Rawatan Perubatan
Perkhidmatan perubatan diberi secara percuma oleh seorang Pembantu Kesihatan yang datang sekali seminggu. Mereka yang sakit teruk dihantar ke hospital untuk rawatan susulan.

Lembaga Pelawat

  • Lembaga Pelawat ditubuhkan bagi memastikan bahawa pentadbiran dan pengurusan Rumah adalah baik dan kebajikan penghuni adalah terjamin.
  • Tempoh Keahlian Lembaga Pelawat adalah untuk 3 tahun, dan perkhidmatan mereka adalah secara sukarela.

Peranan Masyarakat

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat menggalakkan sanak saudara dan masyarakat setempat memberi perhatian dan sumbangan kepada oragn tua walau di mana mereka berada.
  • Di Rumah Seri Kenangan, aktiviti seperti Hari Terbuka, Perayaan Hari Kebesaran sering diadakan bagi memberi peluang kepada ahli masyarakat supaya melawat, mengenal penghuni dari dekat serta berinteraksi dengan mereka.
  • Pertubuhan sukarela dan pihak swasta juga boleh memberi sumbangan tenaga dan masa, bermesra dan meraikan orang tua supaya mereka tidak merasa tersisih serta kesepian.

Kembali ke atas

Bantuan Bencana

Bantuan kepada mangsa bencana seperti kebakaran, ribut, tanah runtuh, banjir, yang berpendapatan bulanan keluarga RM400.00 dan ke bawah

Kadar Bantuan

  • Bantuan wang tunai RM40.00 seorang kepada semua ahli keluarga yang terlibat.
  • Bantuan makanan untuk tempoh seminggu.
  • Bantuan pakaian harian RM70.00 setiap mangsa dan pakaian sekolah RM70.00 bagi setiap murid.
  • Bantuan peralatan sekolah RM50.00 setiap orang murid.
  • Bantuan perkakas dapur tidak melebihi RM100.00 bagi sebuah keluarga.
  • Bantuan pemulihan perniagaan tidak melebihi RM3,000.00 sekeluarga.
  • Bantuan bahan binaan rumah tidak melebihi RM2,500.00 setiap keluarga.

Semua jenis bantuan atau sebahagian daripada bantuan di atas boleh dipertimbangkan tertakluk kepada penilaian Jabatan. Jumlah semua bantuan yang boleh diberi kepada mangsa-mangsa yang berkenaan tidak melebihi RM5,000.00 sekeluarga.

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah yang terdekat.

Kembali ke atas

Bantuan Terkandas

  • Orang yang terkandas kerana kehilangan wang disebabkan kecurian perjalanan
  • Bantuan adalah berbentuk bayaran kos pengangkutan yang minima untuk balik ke destinasi/tempat asal dan elaun makanan, jika berkenaan

Bantuan Pengangkutan Jenazah dan Pengkebumian

  • Orang yang tidak berkemampuan khasnya dari luar bandar yang menghadapi kematian di hospital.
  • Bantuan Pengangkutan Pengkebumian mayat dengan kadar RM100.00 (maksima) boleh dipertimbang.

Kembali ke atas

PUSAT PERKHIDMATAN WARGA TUA (PPWT)

"Menggalakkan warga tua menubuhkan Persatuan atau Pertubuhan bagi menjalankan aktiviti untuk kesejahteraan mereka.

(Dasar Warga Tua Kebangsaan)

Penubuhan

Penubuhan adakah di bawah Rules for Management of Senior Citizen Service Centre, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak bertujuan;

  • sebagai tempat menjalankan pelbagai aktiviti sosial dan rekreasi bagi warga tua yang berumur 55 tahun dan ke atas, agar mereka sentiasa sihat dan cergas.
  • menyediakan berbagai kemudahan yang bersesuaian untuk warga tua menjalankan aktiviti.
  • sabagai suatu khidmat sokongan kepada warga tua agar dapat menjalani kehidupan yang selesa dan tidak tersisih daripada masyarakat.

Keahlian

  • berumur 55 tahun dan ke atas
  • tinggal berhampiran dengan PPWT yang telah ditubuhkan
  • hubungi Jabatan Kebajikan yang terdekat

PPWT yang telah ditubuhkan di Sarawak

PPWT Kuching, No. 9 Jalan Ridgeway, Off Jalan Ong Tiang Swee, Kuching PPWT Sibu, Quarters Sri Mawar, Jalan Island, Sibu.
PPWT Miri, Jalan Kubu, Miri PPWT Sarikei, Jalan Bangunan Kerajaan, Sarikei
PPWT Bintulu, Lot 2339-2341
BDA Shahida Commercial Centre
, Bintulu
PPWT Limbang, Tingkat 2, Lot 1665, Jalan Pandaruan, Limbang.

Bagaimana Menubuhkan PPWT Yang Baru?

  • mana-mana pihak yang berminat hendaklah berbincang dengan Pegawai Kebajikan di Bahagian yang terdekat,
  • belum mempunyai pusat yang sedemikian,
  • mempunyai bilangan warga tua yang masih aktif tidak kurang daripada 50 orang.

Kelulusan adalah tertakluk kepada pernilaian dan pertimbangan Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.

Kembali ke atas