|
|
|
|
|
Laman Utama | Perutusan dan Latarbelakang | Visi dan Misi | Pentadbiran | Piagam Pelanggan | Perkhidmatan | Hubungi Kami | Aktiviti | |
|
|
|
|
|---|---|---|
Perutusan dan Latar Belakang >> |
Perutusan
Sebagai salah sebuah jabatan di bawah kerajaan Negeri Sarawak, jabatan ini mempunyai tanggungjawab meningkatkan kesejahteraan golongan masyarakat yang kurang bernasib baik serta bekerperluan. Disamping itu penyertaan semua peringkat dan golongan masyarakat sangatlah dialu-alukan selaras dengan slogan "KEBAJIKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA" Tuan/puan yang melayari laman web kami disamping mendapatkan maklumat, juga digalakkan untuk memberikan cadangan atau ide-ide baru agar dapat meningkatkan lagi mutu perkhidmatan jabatan ini kepada golongan sasar seperti kanak-kanak, remaja, orang kurang upaya, warga tua, keluarga dan komuniti. Sekian, selamat melayari Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak. Kendy Edward Latar Belakang Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak telah dinaikkan taraf dari Bahagian Kebajikan di Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak pada bulan Mac, 1993. Fungsi Jabatan telah berkembang maju dan ditempatkan sebagai agensi penting di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak. Pada permulannya Bahagian Kebajikan di wujudkan untuk menangani hal kebajikan dengan mengambil alih tugas Sarawak Welfare Council dalam memberi Bantuan Am dan membantu mangsa bencana, selain mengembangkan lagi aktiviti kebajikan dengan mengadakan khidmat sokongan yang diperlukan mengikut perubahan semasa. Perkembangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak yang khusus seperti berikut: Tahun Penubuhan <> 1965 Kementerian Kebajikan Belia Dan Kebudayaan 1966 Bahagian Kebajikan 1975 Kementerian Kebajikan Am 1984 Kementerian Pembangunan Sosial 1993 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak Kebajikan Masyarakat dimaktubkan dibawah Perlembagaan Malaysia,dalam Jadual 9 SENARAI BERSAMA atau concurrent list dan oleh yang demikian di negeri Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diwartakan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara seperti berikut: (a) Coodination of all Policies and Activities relating to Welfare Services Kebajikan Masyarakat Kebajikan Masyarakat di definasikan sebagai "Satu sistem perkhidmatan sosial dan institusi yang tersusun dan terancang, direka untuk membantu individu dan kumpulan mencapai taraf kehidupan dan kesihatan yang standard serta hubungan sosial dan perseorangan yang membenarkan mereka membina kapasiti dan mempromosi kesejahteraan hidup yang harmoni berdasarkan kepada keperluan keluarga dan masyarakat" Kerja Sosial Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak menggunakan pendekatan kerja sosial ke arah mencapai matlamat kebajikan masyarakat. Kerja sosial pula di definasikan sebagai " adalah satu aktiviti profesional yang membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk meningkat atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut " |
|
|
|
|
|