|
Perkhidmatan- Perkhidmatan Utama >>
|
Perkhidmatan-Perkhidmatan Utama
- Perkhidmatan Kanak-Kanak
Memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya penganiayaan dan pengabaian fizikal, sosial, emosional dan mental. Memberi pemulihan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang bermasalah dan berkeperluan dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mempunyai halatuju yang tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan.
- Perkhidmatan Warga Tua dan Keluarga
Meningkatkan kesejahteraan keluarga dan kebajikan warga tua yang berkeperluan dan bermasalah dengan memberi perlindungan dan jagaan kepada mereka yang memerlukan.
- Perkhidmatan Pemulihan Orang Kurang Upaya
Mempertingkatkan potensi orang kurang upaya agar mereka dapat menyesuaikan diri serta berfungsi secara produktif dalam masyarakat dan juga dalam semua bidang yang mereka ceburi.
- Perkhidmatan Pembangunan Komuniti
Menjamin kesejahteraan dan kebajikan golongan sasar yang tinggal di pusat-pusat jagaan dan mempertingkatkan keupayaan komuniti yang bermasalah ke tahap optimum untuk membolehkan mereka berdikari. Mempertingkatkan komitmen komuniti, agensi, jabatan, badan-badan swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela yang lain dalam membantu golongan sasar jabatan dengan memberi panduan, sokongan, bimbingan dan galakkan kepada individu, komuniti, masyarakat, badan-badan kebajikan sukarela (NGO) dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam membantu golongan sasar
|
|