Language Select
  BM  | EN
Top Menu
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 16 Jul 2014
Versi 6.0.3
Footer Menu
Best Viewed
Rumah Kanak-Kanak Kuching Cetak Rumah Kanak-Kanak Kuching

RUMAH KANAK-KANAK KUCHING

 

KM 12
Jalan Kuching-Serian
Peti Surat 3293,
93250 Kuching
No Telefon: 082-628055

LATAR BELAKANG

Rumah Kanak-Kanak Kuching dibina pada tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada tahun 2003. Mempunyai keluasan 9.83 hektar dan berfungsi menjadi satu tempat yang telah diwartakan sebagai satu TEMPAT SELAMAT kepada kumpulan kanak-kanak di bawah 18 tahun yang memerlukan jagaan dan perlindungan. Kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak adalah sebagai langkah terakhir. Penempatan di rumah Kanak-Kanak adalah bagi satu tempoh sementara sehingga keluarga kandung kanak-kanak bersedia menerimanya atau sehingga Pegawai Kebajikan Masyarakat berjaya mencari keluarga angkat/pelihara yang yang sesuai.

OBJEKTIF

Untuk menjamin jagaan gantian yang menggalakkan pertumbuhan jasmani, mental dan emosi yang sihat dalam suasana yang tenteram dan selamat

PROSES KEMASUKAN

Rumah Kanak-Kanak Kuching menerima kemasukan kanak-kanak yang mempunyai Perintah Mahkamah mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 sahaja untuk kategori kanak-kanak lelaki yang berumur 10 tahun ke bawah sahaja dan kanak-kanak perempuan di bawah umur 18 tahun sahaja.

Kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun ke atas adalah dimasukkan ke Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol Sri Aman. Kanak-Kanak OKU juga tidak dibenarkan dimasukkan ke Rumah Kanak-Kanak Kuching di mana sebagai alternatif hendaklah diletakkan di Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol

KUMPULAN SASARAN

Kanak -kanak yang dimasukkan ialah :

  • Anak-Anak yatim / yatim piatu
  • Anak-anak yang memerlukan pemeliharaan
  • Kanak-Kanak terbiar dan ditinggalkan ibubapa
  • Kanak-kanak mangsa penderaan/pengabaian
  • Anak-anak orang dalam tahanan/banduan dan
  • Kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan pemeliharaan seperti yang dinyatakan pada seksyen 17(1)(a-k)Akta Kanak-Kanak 2001

ASPEK YANG DITITIKBERATKAN

  • Aspek Jagaan
  • Aspek Kebajikan
  • Aspek Kesihatan
  • Aspek Pembelajaran
  • Aspek Sosial
  • Aspek Keselamatan

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

  • Kaunseling dan Bimbingan
  • Kelas Intervensi Awal Menulis dan Membaca (KIA2M)
  • Kelas Agama
  • Kelas Jahitan
  • Kelas Masakan
  • Kelas Gamelan
  • Kompang
  • Nasyid
  • Kawad Kaki
  • Riadah

LEMBAGA PELAWAT

Setiap Rumah Kanak-Kanak mempunyai Lembaga Pelawat yang dilantik oleh Menteri  Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat bagi tempoh 3 tahun. Lembaga Pelawat ini menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Peraturan 3(i) Peraturan-Peraturan Perlindungan Kanak-Kanak (Tempat Selamat) 1992. Ahli-ahli Lembaga ini terdiri daripada orang-orang tempatan yang berminat dalam kerja-kerja kebajikan institusi pada bila-bila masa serta membuat syor-syor kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat supaya institusi ditadbirkan dengan baik demi kepentingan kanak-kanak.

 
|