BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Rumah Seri Kenangan, SibuRumah Seri Kenangan, Sibu

RUMAH SERI KENANGAN SIBU



Batu 13 Jalan Ulu Oya Sibu
96000 Sibu
Sarawak
No Telefon: 083-321942
No Fax : 083-322942

* Penempatan sementara di Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman.

Pengetua : Puan Rafidah Binti Agat

Rumah Seri Kenangan ditubuhkan untuk memberi jagaan dan perlindungan kepada mereka yang memerlukan bagi meneruskan kehidupan. Kriteria kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti berikut :-

-  Daif dan berumur 55 - 60 tahun dan ke atas
-  Tidak menghadapi penyakit berjangkit
-  Tidak mempunyai keluarga atau penjaga
-  Tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap
-  Berupaya menjaga diri

CARA KEMASUKAN

Permohonan dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah yang berhampiran dengan menggunakan borang yang disediakan.

Setiap permohonan masuk disiasat terlebih dahulu sebelum disyor oleh Penolong Pengarah Bahagian dan seterusnya di luluskan oleh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak


PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

- Jagaan dan perlindungan
- Disediakan keperluan asas secukupnya seperti timpat tinggal dan makanan
- Kaunseling dan Bimbingan
- Mengadakan perbincangan secara individu / kelompok/ perbincangan kes untuk 
  membantu penghuni mengtasi masalah emosi dan psikologi
- Rawatan Perubatan
- Bimbingan dan Kaunseling
- Carapulih kerja
- Carapulih anggota
- Kemudahan beribadat dan riadah