Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Jul 2018
Versi 8.0.4b
Perkhidmatan Kanak-KanakPerkhidmatan Kanak-Kanak

PERKHIDMATAN KANAK-KANAK

"Kanak-kanak dilindungi daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan ekploitasi. Disamping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan."
(Dasar Kebajikan Masyarakat Negara)


Objektif

    • Memberi pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada semua jenis bahaya penganiayaan dan pengabaian samada dari segi fizikal, sosial, emosional dan mental
    • Memberi pemulihan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang bermasalah dan berkeperluan dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mempunyai halatuju yang tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan

Fungsi

 

AKTA KANAK-KANAK 2001

Merupakan penggabungan tiga akta iaitu Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (AKK 2001), Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973. Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan perlaksanaannya pada 1 Ogos 2002. Penggubalan akta baru ini bertujuan untuk menyelaraskan sebarang pertindihan di antara ketiga-tiga akta tersebut.

Aspek-aspek yang diberikan penekanan di dalam AKK 2001 ialah kehidupan, perlindungan, pembangunan, peranan dan tanggungjawab keluarga serta penyertaan masyarakat dalam pembangunan kanak-kanak. Akta ini juga prihatin dan peka kepada perspektif kanak-kanak bertujuan membentuk sahsiah kanak-kanak pada masa hadapan. Ianya merupakan satu usaha kerajaan untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih baik dan rapi bagi memelihara, melindung dan memulihkan kanak-kanak demi kesejahteraan mereka.

Di bawah AKK 2001, “Kanak-Kanak” ertinya seseorang yang berumur dibawah 18 tahun Walau bagaimanapun umur tanggungjawab jenayah dikekalkan pada umur 10 tahun. Akta ini mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan bahagian penting dalam masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat. Mengiktiraf bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal tanpa mengira perbezaan ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.

PASUKAN PERLINDUNGAN KANAK-KANAK (PPKK)

PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak. Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan masyarakat setempat.

Contoh-contoh program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan, kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak.

Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK diseluruh negara.

Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti sekitar PAKK.