BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Perintah Khidmat MasyarakatPerintah Khidmat Masyarakat

PENGENALAN

Bahagian Perintah Khidmat Masyarakat (PKM) ialah satu bahagian baru yang ditubuhkan pada 1 Februari 2007 susulan daripada Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (Select Committee) telah dibentuk oleh Parlimen untuk mengkaji semula dan Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B Dato’ Seri Mohd Radzi Bin Sheikh Ahmad, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Pada 18 Julai 2006 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274] dan Kanun Keseksaan (Pindaan) 2006 [Akta A1273] telah diluluskan di Parlimen. Seterusnya Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab untuk merangka dan menjalankan program Perintah Khidmat Masyarakat di bawah seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan) 2006 [Akta A1274].

KUMPULAN SASAR

Pesalah Muda yang berumur 18 tahun ke atas dan dibawah umur 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

TUJUAN PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

  1. Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternatif yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun

  2. Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat. Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut:

  1. Hukuman
    melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan dan keperluan pesalah.
     

  2. Pemulihan
    dengan meransang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda
     

  3. Penginsafan
    dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak dan menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

TEMPAT PESALAH MUDA BOLEH MENJALANI PROGRAM PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

Para pesalah muda yang diperintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di Institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. 47 buah institusi telah dikenalpasti.

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN SEMASA MENJALANI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT

Aktivti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni sera aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.

INSTITUSI PENEMPATAN PESALAH MUDA

NEGERI

INSTITUSI

Perlis

RSK Kangar
RKK Arau

Kedah

RSK Bedong

TSH Jitra
Bengkel Daya Sg Petani

Pulau Pinang

RKK Taman Bakti Kepala Batas

Perak

RSK Taiping
RSK Tanjung Rambutan
RKK Kuala Kangsar

Selangor

RSK Cheras
RE Kuala Kubu Bharu
Kompleks Penyayang

TSH Cheras
PLPP Bangi
TSH Kuala Kubu Bharu
Bengkel Daya
PPK Serendah

Kuala Lumpur

RKK Cheras

Kelantan

RKK Kemumin

Terengganu

RE Dungun
TSH Kuala Terengganu

Melaka

RSK Cheng
RBL Tun Abdul Aziz

Negeri Sembilan

RSK Seremban
TSH Tg. Ampuan Najihah

Sarawak

RKK Kuching
RSK Kuching *
RSK Sibu
RKK Datuk Ajibah Abol *
Pusat Pemulihan Samarahan *

Pahang

RKK Kuantan
DBD Jerantut

Sabah

RKK Kota Kinabalu
RWT Kinarut *
RWT Sandakan *
RWT Tawau*
TDKKU Tawau *
TDKKU Sandakan *
TDKKU Kota Kinabalu
PPOKU Kimanis *

 * Institusi Negeri