Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Jul 2018
Versi 8.0.4b
Perkhidmatan Pembangunan Komuniti SukarelaPerkhidmatan Pembangunan Komuniti Sukarela

PENGENALAN

Seksyen Pembangunan Komuniti Sukarela bertanggungjawab dalam menjamin kesejahteraan dan kebajikan golongan sasar yang tinggal di pusat-pusat jagaan, mempertingkatkan keupayaan komuniti yang bekerperluan dan bermasalah ke tahap optimum untuk membolehkan mereka berdikari, mempertingkatkan komitmen komuniti, agensi, jabatan, badan-badan swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela yang lain dalam membantu golongan sasar jabatan dan mempertingkatkan semangat kesukarelaan komuniti dan masyarakat untuk membantu golongan sasar jabatan


OBJEKTIF
  • Menjamin kesejahteraan dan kebajikan golongan sasar yang tinggal di pusat-pusat jagaan
  • Mempertingkatkan keupayaan komuniti yang bekerperluan dan bermasalah ke tahap optimum untuk membolehkan mereka berdikari
  • Mempertingkatkan komitmen komuniti, agensi, jabatan, badan-badan swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan sukarela yang lain dalam membantu golongan sasar jabatan
  • Mempertingkatkan semangat kesukarelaan komuniti dan masyarakat untuk membantu golongan sasar jabatan

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN 

  • Bantuan Geran Tahunan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan
    Senarai PSK

  • Bridged Kebajikan Perdana (BKP)

  • Program Unit Khidmat Penyayang (UKP)

  • Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG)

  • Program Organisasi Komuniti (ke arah produktif  welfare)

  • Jentera Dasar Sosial Negara di peringkat akar umbi (NADI)

  • Program Perkongsian Bijak dengan Syarikat Korporat

  • Bengkel Terlindung (Bengkel Seri Sarawak)

  • Program Khidmat Bantu Di Rumah/Home Help Services


Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)

Penubuhan PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.

PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan.

PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan.

Objektif penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.

Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang.

Peranan PAKK dan aktiviti -aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak

  1. Tempat perlindungan : Menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak.
  2. Pusat advokasi : Mengadakan ceramah / kursus pendek kepada masyarakat, ibu bapa dan kanak-kanak.
  3. Pusat sumber : Menyediakan bahan bacaan / rujukan untuk kanak-kanak.
  4. Pusat Pembelajaran : Kelas bimbingan / komputer / kelas keagamaan / kelas lukisan /  kelas drama / pidato / deklamasi sajak.
  5. Pusat Intervensi Krisis : Menyediakan sesi kaunseling.
  6. Pusat Sosial / Sukan / Rekreasi : Sukan / riadah / program kebudayaan / kesenian dan sebagainya.
Maklumat Lengkap Pusat Aktiviti Kanak-kanak di Sarawak, sila klik disini.