BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Perutusan PengarahPerutusan Pengarah

 

 

 

 

 

 

   Haji Abang Shamshudin Bin Abang Seruji
   Pengarah Kebajikan Masyarakat Sarawak

Assalamu’alaikum, salam sejahtera dan salam kebajikan kepada rakan  JKMS  semua.

PEMBAHARUAN KOMITMEN DALAM TAHUN 2016

 Pertama-tama, kita memanjat kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan
 limpah dan kurniaNya jua kita telah melalui Tahun 2016 dengan banyak 
 pembaharuan penting
berjaya dilaksanakan oleh Jabatan atau diterima dari pihak stakeholders.

Sehubungan itu, sempena sambutan tahun baharu 2017, pengurusan JKM Sarawak (JKMS) mengambil kesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada warga kerja JKMS atas kesatuan semangat dan usaha, kegigihan berterusan dan komitmen tinggi melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sepanjang tahun 2016.

Pembaharuan penting dalam 2016 banyak berfokus kepada bantuan kesejahteraan sosial, keusahawanan mikro serta kerjasama strategik dengan pelbagai pihak. Pembaharuan yang kita bawa tiga tahun lepas banyak mendatang manfaat kepada komuniti sasar dan JKMS diberi pengiktirafan dengan;

       1. Menerima Anugerah High Performance Team (AHPT) perkhidmatan awam Sarawak  
           bagi tahun 2016.
      2. Diberi kepercayaan sebagai pelaksana salah satu bidang Key Result Area (KRA):
          Societal Well-Being
dalam agenda Transformasi Kerajaan Sarawak. JKMS diberi
          kepercayaan melaksanakan inisiatif Self-Reliance Amongst Welfare Recipients.

ORGANISASI BERWAJAH BAHARU 2017

Selamat menyambut Tahun Baru 2017 kepada seluruh warga kerja JKMS. Kita yakin Tahun 2017 disambut dengan semangat yang lebih tinggi bagi membangunkan JKMS berwajah baharu yang sentiasa cemerlang menyampaikan perkhidmatan secara transformasional dan inovatif kepada komuniti sasar yang memerlukan.

Dengan wajah baharu nanti, bersatulah kita dalam menambahbaik amalan Kerja Berpasukan Berprestasi Tinggi untuk mengharungi cabaran baharu tahun 2017 sambil melaksanakan strategi, program dan aktiviti transformasional bagi merealisasikan visi Agensi Perkhidmatan Kebajikan Berpretasi Tinggi.

PEMBAHARUAN USAHA BERSAMA MASYARAKAT

JKMS adalah penyumbang utama dalam membawa pembaharuan usaha meningkatkan taraf kesejahteraan sosial, taraf kesejahteraan ekonomi dan tahap pemulihan bagi komuniti yang memerlukan. Pembaharuan ini dilaksanakan dengan penyampaian perkhidmatan secara lebih strategik, inovatif dan professional. Dalam tahun 2017, JKMS akan memperluaskan usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan NGO dan masyarakat umum bagi memupuk budaya BAIK dan PRIHATIN seiring dengan slogan Kebajikan Tanggungjawab Bersama dan Penginsanan Perkhidmatan Kebajikan.

FOKUS KEPADA PRESTASI JKMS

Adalah penting supaya JKMS terus muhasabah diri dalam tahun 2017. Kita perlu sentiasa mengamalkan KAIZEN iaitu penambahbaikan berterusan proses kerja serta menilai semula kejayaan atau kelemahan pencapaian dan mengambil pengajaran daripadanya untuk lebih bersemangat dan sentiasa bersedia bergerak ke hadapan.

JKMS perlu dilihat dan dirasai komuniti sasar menyampaikan perkhidmatan dalam kategori terbaik atau ‘world class’ kerana ekspektasi mereka dan stakeholders meningkat dari tahun ke tahun selari dengan ledakan maklumat dan dunia tanpa sempadan.

JKMS mensasarkan menjadi agensi perkhidmatan kebajikan berprestasi tinggi dari segi kecekapan dan kompetensi organisasi, penyampaian perkhidmatan ‘world class’, outcome dan impak tinggi program dan keberkesanan kerjasama strategik. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, selain menjalankan tanggungjawab hakiki kebajikan masyarakat, JKMS akan memberi perhatian juga melaksanakan pelan tindakan untuk perkara-perkara berikut mulai tahun 2107.

    i.   Memperbanyak kursus dan latihan peningkatan daya kepimpinan dan kompetensi
         profesional anggota di semua lapisan.
   ii.   Memudahkan proses-proses kerja dan mentransformasikan fungsi, program, aktiviti
         dan penyampaian kepada komuniti sasar.
 iii.   Memperluas dan mentransformasikan kerjasama strategik dengan agensi kerajaan
         dan komuniti sukarela.

Maka, dalam tahun 2017 JKMS akan memperhebatkan usaha pembudayaan nilai-nilai bersifat transformasi dan inovasi dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian perkhidmatan dengan penglibatan inklusif semua lapisan warga kerja dan komuniti berkepentingan. Bagi tujuan tersebut, kerjasama erat antara pengurusan dan warga kerja juga akan diperkukuhkan melalui Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

Adalah diyakini keazaman, semangat dan komitmen pembaharuan kita bersama akan membawa JKMS ke satu tahap kecemerlangan ke arah ‘world class service’ mulai tahun 2017. Akhir sekali, semangat yang kental, keikhlasan berkhidmat dan niat murni menjadi asas merealisasikan prestasi tinggi JKMS dalam tahun baharu 2017.

 

Sekian, salam kebajikan dan terima kasih.