BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 16 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Latar BelakangLatar Belakang

Latar Belakang

Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak telah dinaikkan taraf dari Bahagian Kebajikan di Kementerian Pembangunan Sosial Sarawak pada bulan Mac, 1993. Fungsi Jabatan telah berkembang maju dan ditempatkan sebagai agensi penting di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak.

Pada permulannya Bahagian Kebajikan di wujudkan untuk menangani hal kebajikan dengan mengambil alih tugas Sarawak Welfare Council dalam memberi Bantuan Am dan membantu mangsa bencana, selain mengembangkan lagi aktiviti kebajikan dengan mengadakan khidmat sokongan yang diperlukan mengikut perubahan semasa.

Perkembangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak yang khusus seperti berikut:

Tahun Penubuhan <>

1965 Kementerian Kebajikan Belia Dan Kebudayaan

1966 Bahagian Kebajikan

1975 Kementerian Kebajikan Am

1984 Kementerian Pembangunan Sosial

1993 Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak

Kebajikan Masyarakat dimaktubkan dibawah Perlembagaan Malaysia,dalam Jadual 9 SENARAI BERSAMA atau concurrent list dan oleh yang demikian di negeri Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diwartakan sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab kepada perkara-perkara seperti berikut:

(a) Coodination of all Policies and Activities relating to Welfare Services
(b) Charitable Trusts (excluding Muslim Charitable Trusts)
(c) Care and Counselling Service for Juvenile Deliquents
(d) Protection of Women and Young Girls
(e) Protection of Welfare of Children an Young Persons in need, and prevention of Child Abuse
(f) Adoption of Children
(g) Rehabilitation and Welfare of Disable and Vagrants
(h) Coordination and Supervision of Activities of Voluntary Organisations
(i) Relief and Rehabilitation of Victims of Natural and Civil Disasters
(j) Administration of Old Folk Homes
(k) Supervision of Care Centre

Kebajikan Masyarakat

Kebajikan Masyarakat di definasikan sebagai "Satu sistem perkhidmatan sosial dan institusi yang tersusun dan terancang, direka untuk membantu individu dan kumpulan mencapai taraf kehidupan dan kesihatan yang standard serta hubungan sosial dan perseorangan yang membenarkan mereka membina kapasiti dan mempromosi kesejahteraan hidup yang harmoni berdasarkan kepada keperluan keluarga dan masyarakat"

Kerja Sosial

Bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak menggunakan pendekatan kerja sosial ke arah mencapai matlamat kebajikan masyarakat. Kerja sosial pula di definasikan sebagai " adalah satu aktiviti profesional yang membantu individu, kelompok atau masyarakat untuk meningkat atau membaiki kapasiti mereka bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan satu keadaan yang kondusif bagi mencapai tujuan tersebut "