BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Seksyen Perintah Khidmat MasyarakatSeksyen Perintah Khidmat Masyarakat

1. Siapakah Kumpulan Sasar?

    Pesalah Muda yang berumur 18 hingga 21 tahun yang diperintahkan untuk menjalani 
    perintah khidmat masyarakat oleh mahkamah.

2. Berapakah tempoh maksimum jam agregat bagi Perintah Khidmat Masyarakat?

    Tempoh maksimum jam agregat  adalah 240 jam.

3. Apakah Tujuan Perintah Khidmat Masyarakat?

  • Perintah Khidmat Masyarakat ini merupakan salah satu perintah alternative yang boleh dikenakan kepada pesalah muda yang berumur 18 hingga 21 tahun.
  • Perintah Khidmat Masyarakat bermatlamat untuk mencegah pesalah muda daripada mengulangi kesalahan jenayah pada masa hadapan dengan mengembalikan mereka ke pangkuan masyarakat.
  • Elemen yang terkandung di dalam Perintah Khidmat Masyarakat adalah seperti berikut:

        Hukuman - melalui pelucutan masa lapang pesalah dan memberikan suatu tanggungjawab
      ke atas mereka untuk dilaksanakan. Hukuman yang diberikan bukan mengikut keselesaan
      dan keperluan pasalah.

        Pemulihan - dengan meransang tanggungjawab sosial dan menjadikan program khidmat
      masyarakat sebagai suatu pengalaman berfaedah kepada pesalah muda.

      Penginsafan - dengan mewujudkan ruang bagi pesalah muda menjalani pemulihan akhlak
      menawarkan faedah nyata kepada masyarakat.

4. Pesalah Muda boleh menjalani Program Perintah Khidmat Masyarakat?

  • Para pesalah muda yang diperintahkan untuk Khidmat Masyarakat akan menjalani perintah itu di institusi bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
  • 47 buah institusi telah dikenalpasti.
  • Pelaksanaan juga boleh dijalankan di PBT  dan  NGO yang bersesuaian.

5. Apakah aktiviti yang boleh dilakukan semasa menjalani Perintah Khidmat Masyarakat?

  • Aktiviti yang telah dikenalpasti untuk pesalah muda menjalani program adalah seperti pemuliharaan kawasan dan lanskap, pemuliharaan bangunan, pembaikan kecil, housekeeping, penyajian makanan, jagaan dan pengurusan penghuni serta aktiviti-aktiviti lain yang difikirkan bersesuaian.