BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 19 Okt 2017
Versi 8.0.2c
Seksyen Pembangunan KlienSeksyen Pembangunan Klien

1. Apakah Objektif  Program Pembangunan Klien?

   Menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan klien ke arah i
   individu yang berkualiti, dapat mengenal dan memperkasakan potensi diri ke arah hidup
   berdikari.

2. Siapakah yang boleh mendapat manfaat daripada program pembangunan klien ini?

   i.  Penerima bantuan yang masih produktif
   ii. Mereka yang berkeperluan & terangkum di dalam penguatkuasaan Akta - akta, penghuni &
       bekas penghuni institusi

3. Apakah program – program yang terangkum di dalam konteks pembangunan klien?

    Program – program akan memfokuskan kepada pembangunan modal insan bagi melahirkan
    klien yang berdaya maju,berdaya tahan & berdaya saing dalam menghadapi cabaran hidup. 
    Fokus utama adalah selaras dengan konsep “Productive Welfare” atau “Bantuan Produktif” :

    Contoh program ;

    i.   Program Pembangunan Minda Insan;
    ii.  Program Pembangunan Keusahawanan;
    iii. Program Kemahiran Keusahawanan;
    iv. Bantuan Modal Memulakan perniagaan – Geran Pelancaran;
     v.  Bantuan Belia Beliawanis.

4. Boleh jelaskan berkaitan dengan “Productive Welfare” atau “Bantuan Produktif”

    Merupakan satu pendekatan membantu penerima bantuan ke arah memperkasa diri, hidup
    berdikari dan peningkatan modal insan.  Ianya mengambilkira aspek berikut :

    i.  Motivasi klien;
    ii. Latihan dan kemahiran yang bersesuaian;
    iii.Penglibatan dalam pekerjaan secara berterusan.

    - Dengan  harapan penerima bantuan yang masih produktif ini dapat dibangunkan ke arah
      kemandirian ekonomi dan tidak selama lamanya bergantung harap kepada bantuan
      kebajikan bulanan.

 5. Boleh jelaskan juga dengan lebih lanjut berkaitan dengan Bantuan Modal Memulakan
      Perniagaan – Geran Pelancaran?

    Geran Pelancaran (GP) diberikan kepada golongan sasar Jabatan yang msih produktif agar 
    mereka dapat menjalankan sesuatu projek atau perniagaan yang boleh meningkatkan
    pendapatan dan taraf hidup mereka. Ini penting agar mereka dapat hidup berdikari dan
    berjaya di dalam bidang perniagaan yang diceburi.  Ini termasuk penyertaan dalam projek
    pertanian, pemprosesan makanan, masakan, kuih muih, jahitan, sulaman atau
    perkhidmatan seperti andaman, solekan pengantin, mobil spa dan juga bengkel membaiki
    kereta dsb.

    Maksimum bantuan ialah RM5,000.00 dan layak dipertimbangkan kepada penerima bantuan
    produktif yang mempunyai kemahiran yang boleh dikomersialkan tetapi menghadapi
    masalah kewangan.