BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Ogos 2017
Versi 8.0.2
SEKSYEN PEMBANGUNAN KOMUNITISEKSYEN PEMBANGUNAN KOMUNITI

1.      Apakah Perkhidmatan Seksyen Pembangunan Komuniti ?

         Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Seksyen Pembangunan Komuniti ialah:

  • Bantuan Geran Tahunan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan;
  • Sukarelawan Briged Kebajikan Perdana (Jabatan Kebajikan Masyarakat);
  • Program Unit Khidmat Penyayang;
  • Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat (MAYANG);
  • Sekretariat dasar Sosial Negara di peringkat negeri dan daerah;
  • Program Organisasi Komuniti (Ke arah Perkhidmatan yang produktif dan efisyen);
  • Program Perkongsian Bijak Dengan Syarikat Korporat;
    Bengkel Terlindung (Contoh: Bengkel Sri Sarawak).

2.      Apakah syarat – syarat Permohonan Geran Negeri?

         Syarat – syarat yang perlu dipatuhi dalam Permohonan Geran Negeri adalah seperti
         berikut:

  • Salinan Sijil Pendaftaran Pertubuhan yang telah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah;
  • Salinan Sijil Perakuan Pendaftaran Akta Pusat Jagaan 1993 bagi Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang menjalankan Pusat Jagaan;
  • Salinan Penyata Kewangan Beraudit yang telah disahkan oleh Akauntan/Juruaudit  Bertauliah bagi tahun sebelumnya;
  • Penyata Bank/ No. Akaun dan Alamat Bank / lampirkan salinan Penyata Bank/ Buku bank;
  • Salinan Perlembagaan Pertubuhan yang telah disahkan;
  • Senarai Program dan Aktiviti (Laporan bertulis dan bergambar);
  • Senarai maklumat penghuni Asrama/Harian (jika berkenaan/Geran Rangsum);
  • Lain-lain maklumat tambahan (Dokumen sokongan jika ada).

3.      Apakah skop penglibatan sebagai Ahli Briged Kebajikan Perdana (BKP) atau 
          Sukarelawan Kebajikan?

       Seorang ahli BKP boleh terlibat secara langsung dengan program-program berikut:-

  • Perkhidmatan kaunseling & Bimbingan;
  • Melaporkan insiden sosial yang memerlukan intervensi;
  • Keluarga Pelihara;  
  • Khidmat pemulihan anggota dan pertuturan;
  • Pendidikan moral dan akeademik;
  • Program sukan dan kebudayaan;
  • Program Keagamaan;
  • Penempatan pekerjaan;
  • Bencana.       

4.      Apakah yang dimaksudkan dengan Unit Khidmat Penyayang (UKP)?

       Unit Khidmat Penyayang (UKP) merupakan satu program yang dianjurkan oleh
       Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam         merapatkan hubungan kepada
       masyarakat khususnya masyarakat    yang terpinggir, miskin dan daif yang sukar
       mendapat bantuan.

       Dengan pendekatan secara terus kepada klien (Client Welfare Outreach Outcome),
       segala urusan perkhidmatan tidak hanya tertumpu di pejabat sahaja malahan para
       pegawai dan kakitangandapat menyalurkan perkhidmatan secara terus iaitu secara turun
       padang berjumpa dengan klien (kumpulan sasar) bagi menyampai perkhidmatan yang  
       diperlukan.

       Unit Khidmat Penyayang menjalankan operasi berkonsepkan perkhidmatan bergerak untuk
       mengendalikan khidmat bantuan dan rujukan secara berpusat bagi membantu setiap
       lapisan masyarakat baik golongan individu, keluarga komuniti dan golongan lain yang      
       memerlukan di kawasan setempat berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan
       Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), agensi lain dan Pertubuhan Sukarela Kebajikan.

5.      Bagaimanakah cara–cara atau kaedah untuk melawat Pertubuhan Sukarela Kebajikan
         (PSK) atau NGO?

        Setiap lawatan secara rasmi atau tidak rasmi, pihak individu, jabatan atau agensi
        swasta haruslah menghubungi pihak pentadbiran Pertubuhan Sukarela Kebajikan
        tersebut terlebih dahulu. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak pengurusan PSK
        untuk menentukan masa yang sesuai untuk lawatan dan juga bagi mengelak
        wujudnya program bertindih. Selain itu ada sesetengah Pertubuhan Sukarela
        Kebajikan perlu memohon keizinan secara bertulis bagi menghormati peraturan
        dan polisi pertubuhan tersebut. Pihak Seksyen Pembangunan Komuniti boleh
        membantu untuk memberikan alamat, nombor telefon/fax serta pegawai untuk   
        dihubungi bagi maklumat lanjut.