Seksyen Warga Emas Dan Keluarga
 

1. Bagaimanakah cara untuk memohon pekerjaan di Jabatan Kebajikan Masyarakat
   /di Rumah Seri Kenangan?

    Prosedur yang perlu diikut adalah seperti berikut:

    i.    Mendaftar di http://www.erecruitment.sarawak.gov.my dan mengisi jawatan yang diminati
          jika terdapat kekosongan.

    ii.   Menyemak mengenai kekosongan jawatan di surat khabar tempatan dan menghantar  
          maklumat berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh Jabatan berkaitan.

2. Bagaimanakah cara untuk memohon kemasukan warga emas ke Rumah Seri Kenangan?

    Permohonan hendaklah dilakukan di Jabatan / Pejabat Kebajikan Masyarakat yang
    berdekatan; seperti contoh jika pemohon berada di kawasan kuching, permohonan
    hendaklah dibuat di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Kuching. Prosedur yang akan
    terlibat ialah siasatan terhadap pemohon dan melengkapkan borang permohonan
    kemasukan untuk dimajukan ke Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
    bagi kelulusan Pengarah selanjutnya.

3. Apakah syarat-syarat kemasukan ke Rumah Seri Kenangan?

    Syarat-syarat kemasukan ke Rumah Seri Kenangan adalah seperti berikut:

    i.      Daif dan berumur 60 tahun dan ke atas.
    ii.     Tidak menghidapi penyakit berjangkit.
    iii.    Tidak mempunyai saudara mara / sebatang kara.
    iv.    Sihat dari segi mental dan berupaya mengurus / menjaga diri sendiri.

4. Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan / memberi sumbangan ke Rumah
    Seri Kenangan?

   Prosedur yang perlu diikut adalah seperti berikut:

   i. Mohon kemukakan surat permohonan untuk memberi sumbangan /
      bantuan / sedekah dan perlu mempunyai butiran seperti:

      -   Tarikh lawatan/sumbangan
      -   Masa lawatan/sumbangan
      -   Bilangan rombongan yang terlibat
      -   Jenis sumbangan yang hendak diberikan
      -   Aktiviti yang ingin diadakan
      -   Nama pemohon yang akan dihubungi

  ii. Surat permohonan dihantar ke alamat berikut:

      Pengarah
      Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
      Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14
      Off Jalan Siol Kanan
      93050 Kuching
      Sarawak

      No. tel: 082-449577
      No. faks: 082-445710 / 448741 / 448946

5. Bagaimanakah cara untuk memohon untuk membuat latihan praktikal (bagi
    IPTA/IPTS) di Rumah Seri Kenangan?

   Prosedur yang perlu dipatuhi adalah seperti berikut:

   i. Kemukakan surat permohonan untuk membuat latihan praktikal (hendaklah melalui Ketua
     IPTA/IPTS masing-masing), dan mengandungi butiran-butiran seperti berikut:

    - Bidang latihan praktikal yang berkenaan
    - Tarikh yang dipohon untuk membuat latihan praktikal
      (tarikh mula dan tamat latihan praktikal)
    - Nama-nama peserta latihan praktikal yang terlibat
    - Nama pegawai yang akan dihubungi

   ii. Hantar surat permohonan ke alamat berikut:

       Pengarah
       Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak
       Wisma Kebajikan, Lot 4273, Blok 14
       Off Jalan Siol Kanan
       93050 Kuching
       Sarawak

       No. tel: 082-449577
       No. faks: 082-445710 / 448741 / 448946

    iii.Jika permohonan diterima, surat balas akan dihantar kepada pemohon beserta borang     
       latihan praktikal yang perlu diisi oleh peserta. Selepas tamatnya latihan praktikal tersebut,
       salinan laporan praktikal dipohon untuk dihantar ke Ibu Pejabat, Jabatan Kebajikan 
       Masyarakat, untuk tujuan penambahbaikan dan rekod.