Language Select
  BM  | EN
Top Menu
W3C Color Changer
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Font Sizer
Background Changer
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Banner
Last Updated Date
Kemaskini Pada: 25 Sept 2014
Versi 6.0.6
Footer Menu
Best Viewed
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Cetak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti

PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

Pengenalan

Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh komuniti tempatan.Ditubuhkan sebagai alternatif kepada institusi, bertujuan untuk mengeksplotasi sumber-sumber tempaatn demi memberi pemulihan kepada kanak-kanak kurang upaya.
Dengan konsep ini OKU dapat menjalani pemulihan di alam komuniti di mana dia berada dan ia memberi peluang kepada ibubapa, adik beradik,sanak-saudara, komuniti dan sumber tempatan untukmemberikan sumbangan.

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) diwujudkan di seluruh negara untuk mengeksploitasi sumber tempatan demi memberikan pembelaan kepada kanak-kanak kurang upaya.Oleh yang demikian, PDK menjadi satu pendekatan sosial yang penting untuk mengatasi masalah kekurangan tempat di institusi orang kurang upaya.Kini bilangan kanak-kanak kurang upaya semakin bertambah dan mereka amat memerlukan pemulihan, khususnya pada peringkat awal. 

Falsafah PDK

Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh;ibu-bapa,adik beradik,sanak-saudara, komuniti tempatan, dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum.

Jawatankuasa PDK

Diterajui oleh sebuah jawaatn kuasa yang terdiri daripada ibubapa / keluarga OKU sendiri, pegawai kerajaan yang ada hubungkaitnya dengan OKU, pegawai/kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai perubatan/jururawat/jurupulih anggota dan sebagainya, pegawai/kakitangan Jabatan Pelajaran, NGO dan lain-lain.

Perkhidmatan Sukarelawan JICA

Terdapat 3 orang sukarelawan dari Japan Overseas Cooperation Volunteer (JOCV) yang mana 2 orang yelah ditempatkan di Ibu Pejabat JKMNS dan seorang di JKMB Miri.Perkhidmatan sukarelawan ini amat diperlukan untuk pergi ke setiap PDK di seluruh Sarawak dalam memantapkan lagi latihan dan pengetahuan berhubung dengan keparluan OKU.

Senarai PDK  (Sila klik " senarai PDK" untuk maklumat lanjut)

 
|