Laman Utama | Perutusan dan Latarbelakang | Visi dan Misi | Pentadbiran | Piagam Pelanggan | Perkhidmatan | Hubungi Kami | Aktiviti |




Perkhidmatan Kanak-Kanak >>

PERKHIDMATAN KANAK-KANAK

"Kanak-kanak dilindungi daripada semua bahaya termasuk jenis penyalahgunaan, penyiksaan, penderaan, diskriminasi dan ekploitasi. Disamping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal, sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa hadapan."

(Dasar Kebajikan Masyarakat Negara)

Objektif

    • Memberi pemeliharaan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang terdedah kepada semua jenis bahaya penganiayaan dan pengabaian samada dari segi fizikal, sosial, emosional dan mental
    • Memberi pemulihan dan perlindungan kepada kanak-kanak yang bermasalah dan berkeperluan dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mempunyai halatuju yang tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan

Fungsi

AKTA KANAK-KANAK 2001

Merupakan penggabungan tiga akta iaitu Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (AKK 2001), Akta Mahkamah Juvana 1947 dan Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973. Akta Kanak-Kanak 2001 dikuatkuasakan perlaksanaannya pada 1 Ogos 2002. Penggubalan akta baru ini bertujuan untuk menyelaraskan sebarang pertindihan diantara ketiga-tiga akta tersebut.

Aspek-aspek yang diberikan penekanan di dalam AKK 2001 ialah kehidupan, perlindungan, pembangunan, peranan dan tanggungjawab keluarga serta penyertaan masyarakat dalam pembangunan kanak-kanak.Akta ini juga prihatin dan peka kepada perspektif kanak-kanak bertujuan membentuk sahsiah kanak-kanak pada masa hadapan.Ianya merupakan satu usaha kerajaan untuk mengadakan peruntukan undang-undang yang lebih baik dan rapi bagi memelihara, melindung dan memulihkan kanak-kanak demi kesejahteraan mereka.

Di bawah AKK 2001, “Kanak-Kanak” ertinya seseorang yang berumur dibawah 18 tahun Walau bagaimanapun umur tanggungjawab jenayah dikekalkan pada umur 10 tahun. Akta ini mengiktiraf bahawa seseorang kanak-kanak bukan sahaja merupakan bahagian penting dalam masyarakat tetapi juga merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat. Mengiktiraf bahawa tiap-tiap kanak-kanak berhak mendapatkan perlindungan dan bantuan dalam segala hal tanpa mengira perbezaan ras, warna kulit, jantina, bahasa, agama dan sebagainya.

Mengakui bahawa seseorang kanak-kanak oleh sebab ketidakmatangannya dari segi fizikal, mental dan emosinya-memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas selepas kelahiran, untuk membolehkannya turut serta dalam menyumbang secara positif kearah membentuk masyarakat Malaysia madani yang unggul. Mengakui bahawa keluarga merupakan kumpulan asas dalam masyarakat yang menyediakan suasana semulajadi bagi pembesaran, penyaraan dan kebajikan semua anggotanya khususnya kanak-kanak supaya mereka membesar dalam aman, bahagia dan kasih sayang untuk memperoleh keyakinan, maruah dan nilai diri seorang manusia.

Kategori Kanak-kanak Yang Memerlukan Pemeliharaan dan Perlindungan

    • Kanak-kanak yang dicedera dari segi fizikal, emosi dan seksual oleh ibu bapa/penjaga/anggota keluarganya sendiri,
    • Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa tetapi telah abai atau tidak upaya untuk menjalankan pengawasan dan pengawalan yang sepatutnya,
    • Kanak-kanak yang diabaikan oleh ibu bapa/penjaga mereka dari segi keperluan asas yang sepatutnya seperti makanan, pakaian dan tempat berteduh/tempat tinggal,
    • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa/penjaga yang sesuai atau sanggup untuk menjaga dan memelihara mereka,
    • Kanak-kanak yang sepatutnya diperikasa atau dirawat untuk tujuan pemulihan kesihatan mereka, tetapi ibu bapa/penjaga tidak/enggan untuk memberikan kebenaran,
    • Kanak-kanak yang berkelakuan yang boleh memudaratkan dirinya sedangkan ibu bapa/penjaganya tidak upaya/keberatan untuk mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki keadaan
    • Kanak-kanak yang mengalami kecerderaan emosi akibat pertingkahan keluarga,
    • Kanak-kanak yang mengemis, menerima sedekah atau menjalankan pejajaan yang salah dari sisi undang-undang.

Kategori Kanak-kanak Yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan

    • Kanak-kanak didorong melakukan seksual atau berada dalam suasana yang boleh membawa kepada perlakuan berkenaan,
    • Kanak-kanak yang tinggal atau kerapkali mengunjungi rumah pelacuran,
    • Kanak-kanak yang sentiasa bersama atau di bawah kawalan penyelanggaraan/orang yang bekerja atau berkepentingan dengan urusan rumah pelacuran,
    • Kanak-kanak diancam untuk maksud pelacuran,
    • Kanak-kanak yang hamil luar nikah,
    • Kanak-kanak luar kawalan (beyond control)

Kembali Ke Atas

Bantuan Kanak-Kanak dan Bantuan Anak Pelihara

Bantuan Kanak-kanak dan bantuan anak pelihara adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan seperti beriku:

    • Kanak-kanak yatim / yatim piatu.
    • Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa / penjaga yang tidak berkemampuan atau putus pencarian sementara waktu kerana uzur , cacat atau berpenyakit.
    • Kanak-kanak yang tinggal dengan keluarga ganti yang tidak mempunyai tali persaudaraan dengan kanak-kanak terbabit atas arahan mahkamah atau dengan kelulusan Ketua Pengarah/Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat

Kadar Bantuan

    • Bantuan Kanak-Kanak
      • RM60.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak yang tinggal dengan keluarga sendiri atau RM250.00 sebulan sekeluarga yang terdiri dari 4 orang adik beradik ke atas.
      • RM70.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak cacat yang tinggal dengan keluarga sendiri atau RM250.00 sebulan sekeluarga yang terdiri dari 4 orang adik-beradik OKU di atas.

    • Bantuan Anak Pelihara
      • RM250.00 sebulan seorang

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah yang terdekat.

Kembali Ke Atas

Bantuan Sekolah
Bantuan untuk kanak-kanak yang berkeperluan daripada keluarga yang berpendapatan bulanan RM425.00 ke bawah atau anak-anak penerima skim bantuan Jabatan

Kadar Bantuan
Kadar Bantuan Pendidikan yang diberi dengan kadar sebenar adalah seperti yang disenaraikan dari 1 hingga 4 sahaja.

1. Bantuan Yuran Pendidikan

    • Sekolah Arama Penuh
    • Peringkat Matrikulasi
    • Peringkat Diploma
    • Peringkat Ijazah

2. Bantuan Yuran Peperiksaan

    • Ujian Persekolahan Sekolah Rendah (UPSR)
    • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM)
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)

3. Lain-lain Bantuan

    • Buku Rampaian
    • Yuran Tuisyen

4. Bantuan Tambang Pengangkutan

    • Pengangkutan Udara
      Khas kepada yang melanjutkan pelajaran ke IPTA tempatan dengan menggunakan kelas ekonomi. Tambang hanya untuk satu perjalanan sahaja iaitu semasa kemasukan.
    • Pengangkutan Darat/Air
    • Tambang ulang-alik ke sekolah pada hari persekolah sahaja.

5. Bantuan Pakaian Seragam

    • Sekolah Rendah RM90.00 seorang/setahun
    • Sekolah Menengah RM110.00 seorang/setahun
    • Jumlah sebahagian/kesemua bantuan di atas tidak boleh melebihi RM1,500.00 seorang atau sekeluarga.

Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah yang terdekat.

Kembali Ke Atas

Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol
KM 5 Jalan Sabu
95000 Sri Aman
Sarawak
No Telefon: 083-323602
No Faksimili: 083-324042

Latarbelakang
Rumah Kanak-Kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman telah siap dibina pad April 1993 di atas tapak tanah seluas 8.64 ekar. Ia dinamakan sedemikian bagi memberi penghormatan kepada bekas Menteri Kebajikan Am yang pertama YB Datuk Adibah Abol. Pembukaan rasminya dibuat pada 29 September 1993 oleh YABhg. Datuk Patinggi Hajah Rosmiati, D.P, S.P.M.B. (Brunei), isteri kepada Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sarawak.

Rumah Kanak-Kanak yang terletak di KM 5, Jalan Sabu, Sri Aman ini mempunyai sebuah Blok Pentadbiran, sebuah Dewan Serbaguna, sebuah dapur, sebuah surau, sebuah bilik aktiviti, sebuah kelas, sebuah Blok Bilik Rawatan, sebuah blok untuk Latihan Vokasional, 4 Blok Asrama lelaki dan perempuan berkembar dengan Blok Pembantu Am Rendah. Sebuah Blok Pembantu Am Rendah telah dikhaskan untuk Bilik Bayi.

Rumah ini boleh menempatkan seramai 100 orang kanak-kanak. Manakala setiap Blok Asrama pula boleh memuatkan seramai 25 orang kanak-kanak.

Objektif
Objektif Rumah ini adalah untuk memberi penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak serta menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan yang sihat (Fizikal, Mental, Emosi) di dalam suasana persekitaran yagn tenteram dan harmoni.

Kumpulan Sasaran
Kanak-kanak lelaki dan perempuan di bawah umur 18 tahun yang memerlukan penjagaan dan perlindungan.

    • Kanak-kanak yatim piatu/yatim
    • Kanak-kanak luar nikah yang memerlukan jagaan atau untuk dijadikan anak angkat.
    • Tanggungan anak-anak banduan dan yang berkeperluan.
    • Kanak-kanak yang di bawah perintah Mahkamah :
      • Kanak-kanak yang diabaikan dan ditinggalkan oleh ibubapa/penjaga.
      • Kanak-kanak yang dianiaya/ dera.
      • Kanak-kanak yang terdedah kepada bahaya moral, atau sudah tidak terkawal lagi.
      • Kanak-kanak yang mengemis.

Proses Kemasukan
Kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak ini adalah melalui Perintah Mahkamah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau secara sukarela memohon melalui borang JKM/KK/1/93 yang boleh didapati di Semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian dan Daerah.

Perkhidmatan Yang Disediakan

    • Jagaan Dan Perlindungan
      Rumah ini berfungsi sebagai rumah gantian kepada kanak-kanak di bawah jagaannya. Penekanan diberi terhadap jagaan yang sempurna supaya menjamin pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang seimbang sama ada dari segi jasmani dan rohani.

    • Kaunseling
      Aktiviti ini bertujuan untuk memberi bimbingan dan dorongan kepada kanak-kanak untuk mengatasi masalah emosi dan psikologi.

    • Pelajaran
      Kanak-kanak yang dalam lingkungan umur persekolahan diwajibkan dihantar ke sekolah agar berpeluang mendapat pelajaran akademik. Bagi kanak-kanak yang berumur di bawah 6 tahun, kurikulum akan diadakan 5 hari seminggu.

    • Latihan Vokasional
      Memberi latihan kemahiran asas dengan mengambil guru-guru sambilan bagi mengajar kelas-kelas masakan, jahitan dan pertukangan tangan.

    • Didikan Agama Dan Akhlak
      Kelas agama dan didikan moral akan diadakan mengikut keperluan agama masing-masing. Ini bertujuan menjamin keseimbangan pertumbuhan jasmani dan rohani

    • Riadah
      • Kanak-kanak digalakkan untuk turut serta dalam semua aktiviti riadah di luar dan dalam institusi supaya sentiasa sihat dan cergas.
      • Mereka juga berpeluang menyertai pertandingan olahraga dan sukandi dalam institusi ataupun dengan institusi-institusi lain.
      • Mereka juga digalakkan menjadi ahli kelab-kelab pakaian seragam.
      • Berkelah dan melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah akan juga dianjurkan bagi kanak-kanak di institusi

    • Rawatan Dan Kesihatan
      Semua kanak-kanak dalam penjagaan akan diberi khidmat perubatan dan kesihatan yang rapi.

Kembali Ke Atas

Sekolah Tunas Bakti Kuching
KM2 Jalan Datuk Mohamed Musa
93400 Kota Samarahan.
Telefon: 082-612173

Tujuan

    • Untuk memulihkan anggota masyarakat yang rosak akhlak agar mereka dapat menyesuaikan diri semula ke dalam masyarakat.
    • Untuk menempatkan belia-belia yang tidak terkawal dan yang memerlukan penjagaan dan perlindungan.

Penerangan Aktiviti
Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah mengikuti pembekalan undang-undang dan peraturan-peraturan yang diluluskan seperti berikut

    • Akta Kanak-Kanak 2001
    • Peraturan Sekolah-Sekolah yang diluluskan 1981

Kumpulan Sasaran
Kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke atas dan di bawah 18 tahun yang tidak terkawal, yang memerlukan perlindungan dan pemulihan.

Tempoh Pemulihan
Untuk suatu tempoh maksima selama tiga tahun.

Perkhidmatan Dalam Institusi
Penjagaan dan Perlindungan

    • tempat tinggal
    • keperluan harian
    • makanan
    • rawatan perubatan
    • pakaian Kaunseling dan Bimbingan
    • kaunseling
    • kerja kes dan kaunseling
    • perbincangan kes kelompok
    • perkhidmatan komuniti

Pendidikan

    Pendidikan formal dalam Bahasa Malayasia dan Bahasa Inggeris (di dalam Institusi dan di luar Institusi)

    Pendidikan Akhlak dan Ugama (Ugama Islam, Ugama Kristian, Ugama Buddha).

Latihan Vokasional Dalam Institusi

    • Pertukangan Kayu
    • Kimpalan
    • Pertanian
    • Jahitan
    • Gunting Rambut
    • Memasak

Perkhidmatan Luar Institusi
Latihan sambil bekerja di luar Institusi dalam berbagai kemahiran juga disediakan terutamanya mekanik motor dan kimpalan.

    • Aktiviti Sukan dan Rekreasi:
    • Bolasepak
    • Bola Tampar
    • Badminton
    • Catur
    • Sepaktakraw
    • Bola keranjang
    • Table Tenis
    • Karom dan lain-lain

Keistimewaan

    • Cuti balik ke kampung
    • Cuti kecemasan
    • Wang saku
    • Perkelahan
    • Bebas berlesen

Lembaga Pelawat
Sekolah Tunas Bakti Kuching mempunyai sebuah Lembaga Pelawat yang bertanggungjawab bagi:

    • Menjamin perjalanan urusan institusi yang licin dan cekap.
    • Membantu dalam rancangan rawatan dan pemulihan keseluruhannya.
    • Mengkaji semula dari masa ke semasa mengenai kemajuan kanak-kanak.
    • Membebaskan kanak-kanak di bawah penyeliaan lesen.
    • Penyeliaan Lesen dan Lanjutan

Kanak-kanak boleh dibebaskan dari Sekolah Tunas Bakti Kuching di bawah penyeliaan lesen oleh Lembaga Pelawat sebelum tamat tempoh tahanan. Dalam tempoh tersebut, mereka diletakkan di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di Bahagian masing-masing.

Kembali Ke Atas

Taman Seri Puteri, Miri
KM 12 Jalan Miri/Bintulu
Peti Surat 414, 98007 Miri.
Telefon: 085-611054

Ditubuh khusus untuk melindung dan memulih kanak-kanak perempuan yang berusiandi bawah 18 tahun;

    • terdedah kepada bahaya moral,
    • terlibat dalam pelacuran

Kemasukkan

    • melalui perintah mahkamah,
    • melalui permohonan sendiri secara bertulis kepada Pelindung (Pegawai Kebajikan Masyarakat)

Tempoh Perlindungan dan Pemulihan

    • tiga tahun walau bagaimanapun Lembaga Pelawat mempunyai kuasa untuk mengurangkan tempoh tahanan tersebut tertakluk kepada tidak kurang daripada 12 bulan daripada tarikh kemasukkan ke institusi ini.

Perkhidmatan

    • Jagaan dan perlindungan
      • tempat tinggal
      • makanan dan pakaian
      • keperluan harian
      • rawatan perubatan
    • Kaunseling dan bimbingan
      • kaunseling dan kerja kes
      • kerja kelompok
      • perbincangan kes
    • Akademik
      • dalam institusi
      • luar institusi
    • Pendidikan agama dan akhlak
    • Latihan vokasional
      • jahitan
      • urusan rumah tangga
    • Ko kurikulum
      • kraftangan
      • pertanian
      • muzik
      • kawad
      • pancaragam
      • kompang
      • sulaman
    • Sukan dan riadah
    • Keistimewaan
      • cuti balik kampung
      • wang saku
      • perkelahan

Lembaga Pelawat

Taman Seri Puteri mempunyai sebuah Lembaga Pelawat seperti institusi yang lain terdiri daripada tidak kurang daripada 7 orang yang dilantik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan bertanggungjawab bagi;

    • menjamin pengurusan yang cekap dan berkesan,
    • membantu program-program pemulihan dalam institusi,
    • membuat syor/cadangan tentang pengurusan institusi secara keseluruhannya.

Kembali Ke Atas

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya. Mengikut seksyen 4, tiap-tiap taman asuhan kanak-kanak hendaklah didaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Definasi Taman Asuhan Kanak-Kanak

Ertinya mana-mana premis di mana empat atau lebih kanak-kanak umur empat tahun dari lebih daripada satu isi rumah diterima masuk dan dijaga dengan upah.

Jenis-jenis Taman Asuhan Kanak-Kanak

    • Tanam asuhan di rumah; premis di mana kurang daripada 10 orang kanak-kanak di asuh
    • Taman asuhan kanak-kanak di institusi: premis di mana 10 orang kanak-kanak atau lebih di asuh

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2000.00.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat

    • Menerima permohonan dan menjalankan penyiasatan.
    • Mendapatkan kerjasam Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba, Jabatan Tanah dan Survei dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
    • Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis
      yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa :
      • Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
      • daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;
      • alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
      • struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
      • pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana
        lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

Kembali Ke Atas

Panduan Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak Di Institusi, 1985 Pindaan 1993

Pengasuh

    • hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun
    • mengikuti kursus asas asuhan kanak-kanak yang diiktiraf oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam tempoh satu tahun mula bekerja di Taska
    • mempunyai pengalaman yang cukup dalam pengasuhan kanak-kanak

Nisbah Antara Pengasuh dan Kanak-Kanak

    Umur Kanak-Kanak
    Bilangan Kanak-Kanak
    Bilangan Pengasuh
    Di bawah 3 tahun
    5
    1
    Antara 3 - 4 tahun
    10
    1
    Kanak-kanak tidak upaya bawah 4 tahun
    4
    1

Luas Ruangan Lantai

Untuk tiap-tiap seorang kanak-kanak, keluasan lantainya ialah 3.5 meter persegi. Ruang seperti dapur, stor, tandas, pejabat dan tempat laluan tidak boleh diambil kira.

Tandas

Satu tandas bagi setiap 10 orang kanak-kanak dan dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak sahaja.

Maklumat Yang Perlu Dipamerkan

    • Papan tanda yang jelas dalam Bahasa Malaysia
    • Jadual aktiviti harian dan menu (untuk tempoh seminggu)
    • Perakuan (lesen)

Latihan Kebakaran

Satu susun skim bagi mengosongkan premis sekiranya berlaku kebakaran perlu diadakan. Latihan kebakaran perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 bulan sekali. Tiap-tiap taska juga perlu ada alat pemadam api dan peri/kotak pertolongan kecemasan.

Proses Kerja Bagi Permohonan

      Bil
      Perkara
      Tindakan
      1.
      Beli buku Garis Panduan Penubuhan TASKA yang berharga RM10.00 untuk pendaftaran baru atau Borang Pendaftaran Semula yang berharga RM4.00 dari Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang berdekatan.

      Pengusaha

      2.
      Daftarkan perniagaan/pertubuhan
      Pengusaha
      3.

      Dapatkan perakuan/sokongan dari agensi-agensi teknikal yang berkaitan; (i) Jabatan Tanah dan Sutvei, (ii) Majlis Berkuasa Tematan, (iii) Jabatan Bomba dan Penyelamat dan (iv) Jabatan Kesihatan

      Pengusaha
      4.
      Majukan permohonan kepada Penolong Pengarah Kebajikan Masyarakat Bahagian dengan perkara-perkara seperti; (a) Borang II Akta TASKA 1984, (b) Perakuan/sokongan agensi teknikal, (c) Pelan lantai dalam ukuran meter dan gambaran penggunaan ruang beserta pengiraannya (d) Jadual aktiviti harian, (e) Jadual menu harian, (f) Senarai aktiviti bersama ibu bapa, (g) Perakuan pendaftaran perniagaan/pertubuhan, (h) Senarai kakitangan dengan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, jawatan serta sijil-sijil berkaitan, dan (i) Wang pos bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.
      Pengusaha
      5.
      Permohonan dimajukan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
      Penolong Pengarah Kebajikan Bahagian
      6.
      Permohonan dimajukan kepada Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
      Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri
      7.
      Sekiranya dilulus, lesen akan dikeluarkan untuk tempoh satu tahun dari tarikh permohonan dilulus
      Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia

Kelulusan lesen dipertimbang berdasarkan keperluan di bawah Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak Di Institusi, 1985 Pindaan 1993 seperti yang dinyatakan di atas.

Kembali Ke Atas

Konvensyen Mengenai Hak Kanak Kanak

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak telah diterima dengan rasminya oleh Perhimpunan Bangsa-bangsa Bersatu yang ke-44 pada 20 November 1989 secara konsensus. Pada 26 Januari 1990, Konvensi itu telah dibuka untuk ditandatangani ketika menyambut ulang tahun ke-30 Deklarasi Hak-hak Anak (1959-1989) dan ulang tahun ke-10 Tahun Antarabangsa Kanak-kanak (1979-1989). Konvensi mengenai Hak Anak telah dikuatkuasakan pada 2 September 1990 selepas 30 hari ianya diiktiraf oleh 20 negara.

Kerajaan Malaysia telah menandatangani konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak pada 28 Disember 1994 dan telah gunapakai pada 7 Februari 1995 akan tetapi Kerajaan Malaysia telah membuat reservasi terhadap fasal 1,2,7,13,14,15,22,28,37,40 kerana bertentangan dengan dasar, undang-undang dan amalan nasional. Tetapi reservasi-reservasi tersebut akan ditarik balik pada keadaan dan masa yang sesuai oleh kerajaan Malaysia. Pada 25.2.99 Kerajaan telah menarik balik beberapa reservasi dan masih lagi mengadakan reservasi bagi fasal 1,2,7,13,14,15,28 para 1(a) dan fasal 37.

Secara umumnya, Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak mendorong Kerajaan supaya lebih bertanggungjawab untuk kesejahteraan kanak-kanak sebagai mengiktiraf hak mereka. Konvensi itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa.

Konvensyen tersebut mengandungi tiga bahagian dan 54 artikel yang disusun seperti berikut:

    • Bahagian I: 41 artikel mengenai Hak kanak-kanak.
    • Bahagian II: 4 artikel mengenai pelaksanaan dan penguatkuasaan Konvensyen serta implikasi bagi negara-negara anggota.
    • Bahagian III: 9 artikel mengenai pengiktirafan konvensyen dan implikasinya.

Konvensyen itu menekankan bahawa kanak-kanak di bawah umur 18 tahun mempunyai hak seperti

    • untuk hidup, membesar dengan sihat, menikmati taraf hidup dan pemeliharaan yang sempurna serta belaian kasih sayang dalam suasana kekeluargaan.
    • untuk mendapat identiti sebagai individu dan warganegara dan;
    • untuk mendapat perlindungan dari kesukaran atau rintangan dalam hidup semasa dalam kecemasan, peperangan, dalam pelarian, dalam keadaan tidak berupaya dan dari exploitasi atau jenayah.

Konvensyen itu juga menghuraikan segala keperluan kanak-kanak berasingan dari keperluan orang dewasa dengan mengambilkira keperluan seperti

    • Kerjasama antarabangsa dalam usaha memberi perlindungan kepada kanak-kanak;
    • Peranan dan tanggungjawab keluarga dan negara dalam memberi perlindungan dan menjaga kepentingan kanak-kanak
    • Memberi tekanan kepada hak kanak-kanak membesar mengikut budaya, kepercayaan atau agama, keluarganya
    • Memberi perlindungan kepada kanak-kanak sebatang kara yang memerlukan keluarga ganti/pelihara
    • Memberi hak taraf kewarganegaraan kepada semua kanak-kanak

Kembali Ke Atas