Laman Utama | Perutusan dan Latarbelakang | Visi dan Misi | Pentadbiran | Piagam Pelanggan | Perkhidmatan | Hubungi Kami | Aktiviti |

 

 

 

Aktiviti-Aktiviti >>

Lawatan Kerja Yang Berhormat Dato'Dr. Ng Yen Yen, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia ke Kuching, Sarawak Pada 2 - 4 Ogos, 2008

Semasa lawatan kerja tersebut, YB Menteri telah mengadakan beberapa program antaranya adalah pada 03 Ogos, 2008 kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Lawatan ke Rumah Seri Kenangan Kuching (rumah orang tua), kunjungan ke rumah salah seorang penerima bantuan kebajikan di Kampung Mambong. Sementara pada 04 Ogos, 2008 YB Menteri telah mengadakan perjumpaan bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri serta Senator dan mesyuarat bersama Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak serta pegawai-pegawai kanan Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.

 

YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak menandatangani buku cenderamata kepada YB Menteri Ng Yen Yen sambil disaksikan oleh dari kanan,Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia Dato` Dr. Nurul Ainur bt. Mohamad Nor dan di sebelah, Kendy Edward, Pengarah JKM Sarawak sempena kunjungan hormat di kediaman Ketua Menteri Sarawak.
>>
Lawat: Dr. Ng Yen Yen bertanyakan khabar kepada salah seorang penghuni Rumah Seri Kenangan Kuching, kira-kira 13 kilometer dari pusat bandaraya sempena lawatan beliau ke tempat berkenaan. Turut memerhati ialah Pengetua Rumah Seri Kenangan, Puan Siti Zaharah,(kanan sekali).
>>
Bantuan: Dr Ng Yen Yen menyampaikan sumbangan berbentuk cek kepada penerima bantuan JKM sempena lawatan beliau ke rumah penerima bantuan tersebut di Kampung Mambong, kira-kira 12 kilometer dari pusat bandaraya. Turut kelihatan ialah Pengarah JKM Negeri Sarawak, Cik Kendy Edward (kanan sekali).
>>
Semasa majlis makan tengahari bersama Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Senator Barisan Nasional YB Menteri memberikan taklimat mengenai “Projek Cari”, bertempat di Kelab Golf Sarawak, Petra Jaya Kuching
>>
Mesyuarat bersama Menteri Pembangunan Sosial & Urbanisasi Sarawak, Datuk William Mawan di Bilik Mesyuarat Pejabat Menteri Pembangunan Sosial & Urbanisasi , Tingkat 6, Bangunan Baitulmakmur Petra Jaya, Kuching. Turut hadir adalah YB Tuan Haji Hamden Ahmad dan YB Datin Hjh. Fatimah Abdullah.
>>

_____________________________________________________________________

Majlis Jamuan Teh Sempena Sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke XIII Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2008 di Bahagian Mukah Sarawak. Pada 07 Jun, 2008

Sempena majlis tersebut seramai 100 kanak-kanak kurang upaya yang menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Mukah telah menerima sumbangan khas daripada Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah.

Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Tetamu Kehormat Ucap Selamat sempena Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIII
>>
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Hajah Norkiah menyapaikan hadiah kepada kanak-kanak kurang upaya
>>

______________________________________________________________________

Majlis Penyerahan Bendera Negeri Sarawak kepada Ketua Kontigen Sukan Paralimpiad Sarawak Oleh YB Datuk William Mawan ak Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, telah di adakan di Pusat Pemulihan Samarahan pada 25 April, 2008. Seramai 142 orang atlet Orang Kurang Upaya akan menyertai sukan Paralimpiad Kebangsaan di Kuala Lumpur yang akan berlangsung mulai 01 Mei hingga 05 Mei 2008.

Kelihatan sebahagian daripada atlet Paralimpiad Sarawak sedang melaungkan slogan "Sarawak Boleh" bersama-sama dengan YB Menteri. Pasukan Paralimpiad Sarawak di ketuai oleh Cik Kendy Edward, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak dan dibantu oleh Puan Hadiah Haji Ramli selaku Timbalan Ketua Kontigen dan Penyelaras pasukan. >>

_____________________________________________________________________

Majlis Penyampaian Geran Tahun 2008 Oleh Yang Berhormat Datuk William Mawan ak Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak pada 26 Mac, 2008. Sempena majlis ini juga, Pengerusi/wakil-wakil pertubuhan sukarela kebajikan, sukan/kebudayaan dan pertubuhan-pertubuhan belia telah di raikan dalam satu majlis makan malam yang telah diadakan di salah sebuah hotel di Kuching.

Antara objektifnya adalah sebagai penghargaan kepada Pertubuhan Sukarela Kebajikan khususnya atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam usaha membantu golongan sasar yang memerlukan.

Encik Ik Pahon Joyik, Setiausaha Tetap Kementerian pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak sedang menyampaikan ucapan aluannya. Antara lain menyatakan yang majlis seperti ini juga dapat memberi ruang dan peluang kepada ahli-ahli pertubuhan sukarela menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara satu sama lain...
>>
Pertubuhan sukarela dinasihat angar sentiasa menyemak, menilai semula struktur fungsi dan tanggungjawab organisasi masing-masing agar sesuai dengan keperluan semasa golongan sasar yang kian berubah dan meningkat.... YB Datuk William Mawan ak Ikom, Menteri Pembangunan Sosial dan Urbanisasi.
>>
... antara pertubuhan sukarela yang menerima geran tahun 2008, Major Kamala yang mewakili Salvation Army Children's Home Kuching yang juga merupakan antara pertubuhan yang tertua di Sarawak
>>
... salah seorang lagi wakil pertubuhan daripada 29 pertubuhan sukarela yang dijemput untuk menerima menerima geran pada malam tersebut.
>>

__________________________________________________________________

Majlis Perhimpunan Kakitangan di Ibu Pejabat, Bahagian Kuching dan Samarahan Pada 21 Februari Bertempat di Dewan Pelbagai Guna, Wisma Kebajikan

Objektif:

  1. Mengeratkan lagi siraturrahim di kalangan kakitangan, dan
  2. Menyampaikankan maklumat terkini berkaitan tugas dan perkhidmatan.

Acara:

  1. Senaman ringan;
  2. Nyayian Lagu NegaraKu dan Ibu Pertiwiku;
  3. Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam; dan
  4. Amanat Oleh Pengarah.
Majlis dimulakan dengan senaman ringan 'Poco-Poco' oleh semua kakitangan yang hadir... >>  
Amanat Oleh Pengarah, Cik Kendy Edward... antara lain menyentuh tentang pentingnya semua kakitangan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada kumpulan sasar jabatan dari masa ke semasa >>  
...agar setiap kakitangan sentiasa ingan tentang tugas dan peranan serta berkhidmatan dengan rasa penuh tanggungjawab dan integriti...bacaan ikrar Perkhidmatan Awam di lafazkan dengan diketuai oleh Encik Abdul Malek bin Mahsen >>  

 

Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Rumah Seri Kenangan (RSK) Kuching Bersama Petronas dan Disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Larry Sng, Meteri Muda di Pejabat Ketua Menteri dan Menteri Muda Pembangunan Peindustrian pada 12 Februari, 2008

Sebahagian daripada warga emas yang sedang menunggu kehadiran YB Menteri Muda...
Ketibaan YB di sambut oleh tetamu jemputan... antaranya Puan Rodziah Morshidi, Residen Bahagian Kuching >>
Jemputan khas juga di sambut dengan Tarian Singa... kelihatan duduk ditengah adalah Puan Mary Saadiah, Pengurus Wilayah Petronas, Sarawak sementara duduk dikiri sekali ialah Encik Joni b. Nuruddin, Timbalan Pengarah Jabatan kebajikan Masyarakat Negeri sarawak >>
YB Menteri Muda sedang menyampaikan ucapan... antara lain menekankan peri pentingnya nilai-nilai murni kekeluargaan serta menghormati dan berbuat baik kepada warga emas >>
Petronas dengan murah hati telah menyumbangkan 'ang pau' warga emas RSK yang disampaikan oleh YB Larry sambil diperhatikan oleh Puan Mary...>>