1. Mengenalpasti golongan yang berkeperluan dan bermasalah, memberi bantuan dan perkhidmatan yang bersesuaian serta penggunaan sumber-sumber yang ada pada mereka secara optimum
2. Memelihara, melindungi dan memulihkan golongan sasar yang berkeperluan dan bermasalah melalui perlaksanaan dan penguatkuasaan akta-akta sosial serta bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan
3. Menyediakan infrastruktur/kemudahan fizikal untuk perlindungan, pemeliharaan dan pemulihan untuk golongan sasar Jabatan
4. Mencegah berlakunya masalah sosial yang boleh mengakibatkan keruntuhan institusi kekeluargaan
5. Menggalak dan mewujudkan hubungan perkongsian bijak dengan badan-badan swasta untuk meningkatkan potensi dan produktiviti golongan sasar
6. Memberi panduan, sokongan, bimbingan dan galakkan kepada individu, komuniti, masyarakat, badan-badan kebajikan sukarela (NGO) dan agensi-agensi lain yang berkaitan dalam membantu golongan sasar
7. Menggalakan penyertaan dan penglibatan golongan sasar dalam program-program pembangunan dan pemulihan yang disediakan