|
|
|
|
|
Laman Utama | Perutusan dan Latarbelakang | Visi dan Misi | Pentadbiran | Piagam Pelanggan | Perkhidmatan | Hubungi Kami | Aktiviti | |
|
|
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Perkhidmatan Orang Kurang Upaya (OKU) >> |
Perkhidmatan Pemulihan Orang Kurang Upaya (OKU) "Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka (Orang Kuruang Upaya) untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia manghadapi keadaan sosial semasa." (Dasar Kebajikan Masyarakat Negara) Objektif
Fungsi
Bantuan peralatan/anggota tiruan bagi meningkatkan kebolehkan Orang kurang Upaya untuk berdikari untukmereka yang tidak berkemampuan untuk membeli peralatan berkenaan Kadar Bantuan Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah yang terdekat. Elaun Pekerja Cacat (Orang Kurang Upaya) Bantuan kewangan bulanan yang diberi bagi menggalakkan OKU berkerja untuk berdikari:
Kadar Bantuan Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian atau Daerah yang terdekat. Pusat Intervensi Awal (EIP-Early Intervention Program) PPIA merupakan satu pendekatan baru dalam bidang pemulihan OKU di mana ibu bapa dilibatkan secara langsung dalam menyediakan terapi dan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya pada peringkat umur terawal. Pada masa ini terdapat sebuah PPIA yang terletak di Jalan Bisayah off Jalan Ong Tiang Swee Kuching di bawah Persatuan ibu Bapa Kanak-Kanak Cacat Sarawak (PIBAKAT). Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) PDK pula ditubuh melalui sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh komuniti tempatan Di tubuhkan sebagai altenatif kepada institusi, bertujuan untuk mengekploitasikan sumber-sumbar tempatan demi memberi pemulihan kepada kanak-kanak kurang /OKU. Dengan konsep ini OKU dapat menjalani pemulihan di dalam komuniti di mana dia berada dan ini memberi peluang kepada ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti dan sumber tempatan untuk memberikan sumbangan. Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di wujudkan di seluruh negara untuk mengeksploitasikan sumber setempat demi memberikan pembelaan kepada kanak-kanak kurang upaya. Oleh yang demikian PDK menjadi satu pendekatan sosial yang penting untuk mengatasi masalah kekurangan tempat di institusi orang kurang upaya. Kini bilangan kanak-kanak kurang upaya semakin bertambah dan mereka amat memerlukan pemulihan, khususnya pada peringkat awal. Falsafah PDK Mementingkan penglibatan masyarakat secara menyeluruh; ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, komuniti tempatan, dan tenaga kerja tempatan digunakan secara optimum. Jawatan kuasa PDK/EIP Diterajui oleh sebuah jawatan kuasa yang terdiri daripada ibu bapa/keluarga OKU sendiri, pegawai kerajaan yang ada hubungkaitnya dengan OKU, pegawai/kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, pegawai perubatan/jururawat/jurupulih anggota dan sebagainya, pegawai/kakitangan jabatan Pelajaran, NGO dan lain-lain. Menyertai PDK/EIP Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya boleh mendapatkan perkhidmatan daripada PDK dengan menghubungi PDK terdekat seperti alamat berikut:
Bengkel Seri Sarawak Penubuhan Dibawah Kaedah-Kaedah Bengkel Terlindung 1999 Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sarawak, ditadbir keseluruhannya oleh Lembaga Pengurusan Bengkel Seri Sarawak di bawah kaedah yang sama. Dietmpat di dalam kawasan Pusat Pemulihan Samarahan, Kota Samarahan Objektif Pada masa ini ia merupakan sebuah bengkel yang mengeluarkan sampul surat dan alat ortopedik/anggota palsu. Bengkel ini ditubuh bagi memberi peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya dan kumpulan sasar jabatan yang lain. Kemudahan Pekerja bengkel diberi upah sebanyak RM4.10 - RM10.00 untuk setiap 1000 keping sampul surat yang dilipat mengikut saiz. Selain daripada itu, pekerja akan di beri elaun pekerja cacat, elaun pengeluaran dan elaun khas bengkel. Perkerja yang bekerja di bengkel ini juga disediakan dengan kemudahan asrama penginapan, hanya dikenakan bayaran RM50.00 sebualan untuk makanan. Mereka juga bolah menggunakan kemudahan sukan dan riadah yang terdapat di Pusat Pemulihan Samarahan. Permohonan Masuk Semua orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan boleh memohon untuk bekerja di bengkel ini dan pertimbangan akan dibuat berdasarkan jenis kecacatan, kebolehan/latihan yang pernah mereka terima serta tertakluk kepada kekosongan jawatan. Permohonan boleh dibuat dengan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat. Pusat Pemulihan Orang Kurang Upaya Samarahan Pengenalan Syarat-Syarat Kemasukan
Kemudahan Yang Disediakan
Perkhidmatan/Pemulihan Yang Disediakan Latihan Kemahiran Vokasional
Pemulihan Perubatan
Pelajaran
Perkhidmatan Sosial
Riadah
Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orang-orang papa dan bagi mengawal kuturayau. Kemudahan Akta ini memberi peluang kepada orang papa untuk mendapatkan jagaan dan perlindungan serta pemulihan di pusat pemulihan seperti di Desa Binadiri atau di Rumah Seri Kenangan. Takrifan Mengemis "Apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak ada perbuatan pura-pura menyanyi bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya". Seksyen 2. Takrifan Orang Papa
Tindakan Mengikut Akta
Keluaran Orang Papa Daripada Institusi
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
|
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
|